Wednesday, 12 December 2012
ALLAH SERVANT..
...............................................................SWEET .................................................................................MEMORY....................................................................
Tuesday, 11 December 2012
CERMERLANG DENGAN IKHLAS SEMATA2 KERANA ALLAH
IKHLASKAN HATI DAN NIAT KU UNTUK CERMERLANG 3.96 SEMATA2 KERANA ALLAH
Study kerana ALLAH BUKAN KERANA EXAM
“Kita kena letakkan niat belajar yang teratas sekali iaitu ikhlas semata-mata kerana Allah. InsyaAllah kalau niat kerana Allah, Allah akan beri kesenangan yang lain.”
Ujian Dalam Nikmat ALLAH S.W.T
3.96
Allah nak ajar aku untuk jadi Hamba ALLAH yang betul-betul Hamba
Allah buat aku sedar,yang usaha jak x cukup..untuk berjaya..di sebalik kegagalan pasti ada hikmah nya.Allah mok aku ingat n dekat ngan nya selalu...Allah uji kata2 takbur aku,aku sombong,cakap besa n lupa diri dan lupa bergantung kepada Allah swt...YA ALLAH turunkan lah hikmah di sebalik kegagalanku,agar aku peroleh keJayaan luar jangkaa...jadikan kan lah aku lbh kuat utk sentiasa menerima hakikat ini..dah redha atas takdir mu ya ALLAH.
Jadikanlah kegagalan sebagai ubat penawar yang maha pahit tetapi
penyembuh luka yang paling dalam, terlihat dan tidak terlihat.
YA ALLAH aku tahu, atas kegagalan ini lah yang dapat membuka mata dan hati ku,untuk sedar segala2nya..Aku bersyukur ya ALLAH kau gagal kan hambamu, kerana kau ingin
melihat impian dan cita2 ku tercapai...
YA ALLAH semoga dari kegagalan ini aku lbh faham erti sebuah kehidupan,
AKU BERJANJI UNTUK TERIMA APA YANG AKU X BOLEH UBAH..DAN..UBAH APA YANG AKU TAK BOLEH TERIMA.
YA ALLAH semoga selepas ini aku,lebih menghargai mu lebih dari segala2nya ya ALLAh..kuatkan lah aku ya Allah uji lah YA ALLAH,dan tambah kan kan iman ku agar aku dapat menghadapi segala ujian mu YA rabbi..
YA ALLAH,aku akan berusaha bersungguh2 SEmestER ini untuk dapatkan 3.96..ya ALLAH
aku akan berlajar bersungguh2..dan kejar ilmu DUNIA & AKHIRAT.berikan lah aku peluang untuk merasa kejayaan ya ALLAH,tabahkan hati ku,,untuk menganggap kegagalan aku pada hari ini,,,ada lah untuk kejayaan kau pada masa hadapan ya..
Monday, 10 December 2012
Jadikanlah kegagalan sebagai ubat penawar yang maha pahit tetapi penyembuh luka yang paling dalam
“Ummi, hari tu Aisyah ada cerita kan
pasal exam Aisyah yang susah. Aisyah ‘fail’ ummi.” Serentak dengan itu, makin
kuat esakannya. “Aisyah , tidak mengapa, sabar Aisyah, ummi tahu, Aisyah dah
berikan yang terbaik. Allah pun tahu Aisyah dah usaha sungguh-sungguh
untuk paper Aisyah yang satu ni,” pujukku.
“Ummi, Aisyah sedih. Kawan Aisyah
banyak yang lepas ummi, Aisyah seorang saja yang tersangkut ummi,” katanya
dalam sedu sedannya. “Aisyah, sabar sayang, banyakkan istighfar, nak.” Pilu
hatiku mendengar esak tangisnya. Teringat aku pada peristiwa yang sama yang
pernah terjadi padaku dua puluh lima tahun yang lalu. “Aisyah, tidak mengapa,
gagal sekali ni bukan bermaksud gagal selama-lamanya. Aisyah masih ada peluang
nak baiki mana yang silap, yakinkan mana yang ragu, sebab Aisyah masih belajar.
Nanti Aisyah masih ada peluang untuk ulang semula paper ni kan?” soalku.
“Ummi, tak sama ulang semula dengan
tak perlu ulang semula. Aisyah malu.” “Aisyah, malu yang diajar islam bukan
begitu caranya. Kita perlu malu kalau kita buat salah dengan Allah, tak ikut
apa yang Allah suruh buat, buat apa yang Allah larang. Lulus atau gagal ini
letaknya di tangan Allah, Allah dah tetapkan sejak azali lagi. Allah tak kisah
kalau kita gagal atau lulus, tapi Allah kira usaha yang kita buat untuk jawab
soalan kita,belajar, berdoa, itu semua termasuk dalam nilaian Allah. Lepas tu,
keputusan itu di tangan Allah, dan kita sebagai umat islam diajar untuk redha
dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita selepas kita dah berusaha dan bertawakal.
Sepatutnya Aisyah, kita kena rasa
malu kalau kita tak percaya dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita,”
nasihatku. “Tapi ummi, perit sungguh rasa ni. Ummi, kenapa Aisyah ummi..Aisyah
rasa tak cukup kuat pun nak hadapi ujian Allah ni,” esaknya. “Aisyah, manusia
ni pertimbangannya tak jauh. Ilmunya terhad, tak pernah sama dengan ilmu Allah.
Yakinlah Aisyah, kalaupun Aisyah tak nampak, bahawa ini adalah yang terbaik
untuk Aisyah. Jangan cakap seperti itu nak, itu tanda orang putus asa, Allah
tak suka orang yang berputus asa,” pesanku. “Aisyah, ingat tak ayat Quran yang
ummi ajar Aisyah baca setiap pagi.. “Allah tidak membebankan seseorang
melainkan dengan kesanggupannya….” (Al-Baqarah : 286)
“Aisyah, dalam ayat ni, Allah dengan
jelasnya beritahu bahawa dia tidak akan uji kita kalau kita tak mampu. Ini
kata-kata Allah Aisyah, yang tiada ragunya, yang sentiasa benar dari dulu
hingga kini, kata-kata dari pencipta kita.,” katanya.
“Ummi, Aisyah tahu….tapi, susahnya
ummi nak terima hakikat ni,” katanya. “Aisyah sayang, ini barulah apa yang kita
katakan praktikal dari apa yang kita belajar selama ini. Kalau dulu, ummi asyik
ajar Aisyah teori bersabar, inilah waktunya bila mana Aisyah kena praktikkan
sabar itu. Ummi tahu, ia memang manis dan sedap untuk diucapkan, tetapi
hakikatnya susah untuk dilakukan. Sebab tu orang yang banyak bersabar ni
ganjarannya tinggi di sisi Allah.”
“Aisyah, cuba kita tengok kisah
Rasulullah dulu. Sayang Allah padanya, Allah uji dengan pelbagai ujian, Allah
uji dengan kaum Mekah yang tidak jemu-jemu menentangnya, Allah uji dengan
perginya orang-orang yang tersayang ketika baginda sangat-sangat memerlukannya,
Allah uji dengan macam-macam lagi bentuk ujian. Allah tak bagi Rasulullah
kemenangan dengan mudah, kerana Allah nak ajar Rasulullah s.a.w. dan umatnya
bersabar itu bagaimana. Sabarlah Aisyah, Allah sayang padamu, sebab tu Allah
uji dengan ujian sebegini rupa, sebab Allah nak Aisyah lagi dekat padaNya,
Allah nak bagi peluang dekat Aisyah tambah pahala berlipat ganda dengan
banyak-banyak bersabar.”
“Aisyah, kadang-kadang, gagal inilah
yang akan memacu kita untuk lebih berjaya. Bersyukurlah sayangku, sebab Allah
tunjuk kelemahan kita sejak dari mula lagi, Allah bagi kita peluang untuk baiki
segala kesilapan kita dari awal supaya kita berjaya dengan cemerlang kelak.
Allah ajar kita untuk pandai bahagikan masa antara kerja persatuan dan
pelajaran, sebagai langkah awal sebelum menempuh alam rumahtangga yang pastinya
lebih mencabar kelak.”
“Ummi, Aisyah rasa Aisyah dah bagi
yang terbaik ummi,”katanya. “Aisyah, sebab tu ummi kata, pengetahuan manusia ni
terhad. Kita sukar untuk nampak hikmah di sebalik sesuatu peristiwa. Mungkin
apa yang Allah nak didik Aisyah ialah kemenangan dan kejayaan kita bukan
terletak pada banyak mananya usaha yang telah kita buat, tapi pada rahmat dan
kekuasaan Allah.” “Aisyah ingat tak kisah perang Hunain di mana bilangan umat
islam yang ramai tidak menjamin kejayaan mereka. Kenapa agaknya Aisyah?”
tanyaku.
“Kenapa ummi?” tanyanya berminat.
“Kerana bilangan yang ramai itu telah
menyebabkan mereka lupa untuk bergantung penuh pada Allah, mereka merasa mereka
kuat dengan tentera yang banyak, walhal kemenangan itu terletak pada tangan
Allah. “Samalah dengan usaha kita yang banyak. Usaha itu diibaratkan sebagai
pancing untuk meraih rahmat dan redha Allah yang akan menentukan kejayaan atau
kemenangan kita kelak.” ceritaku.
“Ummi, Aisyah rasa Allah nak ajar
Aisyah untuk jadi hamba Allah yang betul-betul hamba, tanpa ada secebis pun
rasa aku hebat dalam diri. Mungkin benar apa yang ummi cakap, sebab sebelum ni
Aisyah kan sentiasa senang, cemerlang dalam segala-galanya. Nombor satu dalam
kelas perkara biasa, semua ‘A’, pelajar terbaik sekolah sampai mungkin Aisyah
terlupa untuk mengembalikan rasa syukur itu kembali kepada Allah,” jawabnya.
“Alhamdulillah, itulah yang ummi cuba
sampaikan. Itulah yang dinamakan ujian dalam nikmat, yang mana kita selalu
terlupa, bak Qarun yang terlupa untuk ingat Allah dengan banyaknya harta yang
dimiliki.” kataku.
“Nauzubillah ummi, Aisyah tak nak
jadi macam tu ummi.” katanya.
“Begitulah sayang, Allah suruh ambil
pengajaran dari kisah-kisah terdahulu,” nasihatku.
“Terima kasih ummi, Aisyah rindulah
nak jumpa ummi. Baiklah ummi, Aisyah akan usaha sungguh-sungguh lepas ni dan
berdoa dan berharap betul-betul pada Allah.” janjinya.
“Alhamdulillah nak, kita kembalikan
semuanya kepada Allah,” tambahku. “Baiklah ummi, azan dah berkumandang tu,
Aisyah solat dulu. Terima kasih lagi sekali, my dearest ummi.” katanya.
“Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh, ummi,” katanya menutur bicara.
“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, anakku,”
balasku. Gagang telefon kuletak perlahan. Tanpa kusedari, air mataku bergenang,
teringat perbualanku dengan ummiku 25 tahun yang dulu, yang nasihat dan
perangsangnya telah banyak membantuku menjadi seorang doctor pada hari
ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)